Mak saya kata bahan-bahannya ialah:
Sotong
Serai dititik
Lengkuas
(hari tu saya buat tak buh lengkuas sebab tak de. Saya pun selamba je tak letak.. rasanya ok laaa. Masih menepati piawai kot)
Bawang Putih, Bawang Merah ditumbuk
Cili Api, kalau nak pedas bubuh laaa banyak. Kalau tak nak pedas, tak yah bubuh..
Gula, garam
Cara masak, lebur semua bahan kecuali sotong dalam periuk.
Buh air laaa sikit. Tapi, sikit saja tau.
Jangan banyak-banyak..
Sebab nanti, air dari sotong tu yang akan buat kuah jadi banyak tau.
Haaa... mak saya kata, pandai-pandai laaaa ko agak-agak... :)
Lepas dah lebur dan mendidih air tu, bubuhlaaa sotong.
Jangan lama-lama sangat sebab nanti sotong tu jadi liat.
Mak saya kata laaaaa....
No comments:
Post a Comment