Bahan-bahan:
Ikan talapia
Santan
Santan
Cili api
Kunyit hidup
Daun limau purut
Jus limau kasturi
Garam
Gula (sikiiiiiiiit je tau)
(agak-agak lah banyak mana)
Cara-cara:
Ikan dicuci dan diperap dengan air asam jawa dan limau purut (kasik wangi)
Tumbuk cili api dengan kunyit hidup sampai lumat
(saya tak kuasa nak tumbuk, lebur dalam blender je.. heheh)
Buh dalam kuali, buh air sikit, kasik didih...
Buh santan (saya pakai santan kotak, separuh je yang kecik tu sebab ikan sikit je)
Lepas tu, kasik santan masak, masuk ikan.....
Kacau-kacau.. buhlah jus limau kasturi, daun limau purut..
Garam, gula ..
Siaplaaaaa masak.
15 minit pun dah boleh siap, dah boleh makan.
Tapi, masak nasik dulu laa sebelum masak lauk.
Kang kalau tidak, kena tunggu nasik masak pulak.
Kalau perut laki ku udah lapar, boleh mendatangkan marah.....
heheh
No comments:
Post a Comment