Thursday, April 1, 2010

Hai.. Sotong Goreng Tepung

Lama betul saya nak buat blog memasak ni.
Tapi, macam malu sebab saya tidak begitu pandai memasak.
Akhirnya, hari ini ianya menjadi kenyataan.

Saya masih dalam proses belajar memasak.
Oleh sebab itulah, semua masakan yang akan saya tepek di blog ini
hanya resepi yang mudah-mudah sahaja.
Saya budak baru belajar lah katakan...

Resepi pertama yang saya mahu kongsikan di sini ialah:


Bahan-bahannya:
Sotong
Telur
Serbuk kari
Tepung gandum
Lada sulah
Garam
Butter


Cara-caranya:
Sotong dipotong dan dibersihkan.

Perapkan sotong bersama garam dan lada sulah.

Celupkan sotong dalam telur.

Salutkan dengan tepung gandum
yang telah dicampurkan dengan serbuk kari.

Gorengkan sotong yang telah disalut
dalam butter dan minyak yang telah dipanas dan dicairkan.

No comments: