Ini memang kegemaran cik abang. Saya makan juga belut ni tapi takde lah minat mana. saya kan makan tak cerewet. Jadi, apa-apapun saya boleh makan. Asalkan masa tengah makan, saya tak fikir yang bukan-bukan. heheh
Ini masakan belum goreng kunyit ala-ala Noraini.
hehe
Bahan-bahan yang diperlukan:
Belut dibersihkan siap-siap. Saya tak koser nak siang..
Kacang panjang. Kalau ada lobak boleh buh jugak.
Bawang merah
Bawang putih
Cili Api
Kunyit
Garam
Minyak
Caranya:
Lumur kunyit garam pada belut. Perap seketika.
Goreng macam biasa.
Tumis bawangan dan cili api sampai nak bau.
Masukkan garam gula secukupnya
Masukkan belut yang telah digoreng tadi.
Buh sayur....
Kacau-kacau kejap.
Nak buh kicap sket pun boleh.
Sket jelaaa tapi.
Orang tanya, "Belut rasa apa?"
Saya jawab, "Rasa belut laaa.."
hehe
No comments:
Post a Comment