Thursday, April 15, 2010

Atas Nama Persahabatan

"ain..
meh turun ilmu gentel cek mek molek
den dah cuba..
mmg tak jadi..
tangan 'panas' sangat!!
ekekeke.."

Ek eleh.. si ayu ni dia main perli-perli pulak..

Nak ilmu gentel cek mek molek pulak.
Saja je tau ayu ni..
Grrrrrrrrrrrr.......

Ok, sebenarnya.. saya adalah amatur dalam kerja-kerja buat kuih ni
(baru malam tadi buat kek moist tapi bantat.. ada lagi duk dalam oven tu.. bencik betui!)

Tapi atas nama persahabatan..(eceh .. persahabatan!)
Saya tunaikan juga permintaan cik puan ayu.

Memula...
Setengah kilo keledek tu, direbus sampai empuk.
Lepas tu, biarkan sejuk seketika.
Kalau tak sejuk pun, nanti dia lembik laaa.
Masukkan tepung gandum lebih kurang secawan la..
Sampai agak-agak tak lekat kat tangan tu, kira ok laaaa tu adunan dia.
Mak cakap kalau lembik sangat pun, tak sedap..
Kalau terbanyak tepung pun kang, jadi liat..

Lepas tu, ambik adunan tu sikit dalam besar-besar penumbuk
(kalau tangan besar macam saya, bahagikan dua pulak.
tapi kalau tangan besar macam cik abang saya.... bahagi tiga!
tapi, kalau rasa nak comel, boleh buat kecik lagi)

buatkan bentuk macam sampan.
Kemudian, buh gula...
Gula tu pun jangan banyak sangat.
Jangan sikit sangat.
Tapi, kalau rasa suka banyak, buh laaa banyak..
Eh.. sebenarnya ikut suka laaaa..
Cuma kalau buh banyak, kalau makan panas-panas
akan melecurlah mulut kena inti gula cair..
hahahaha

Lepas tu, terus je goreng!
Pastu susun cantik-cantik macam ni..


Hahahahhahahhaha

Selamat mencuba, ayu..
Kalau tak jadi lagi, sila tanya mak saya sendiri!
(tapi, blog mak tu memang jarang update sebab manager dia busy!)
hehehehehehehe

No comments: